16 April 2013 lalu senarai calon BN Perak telah pun dikeluarkan. Masihkah anda ingat dengan tragedi rampasan kuasa di Perak pada 2009? Tiga orang ADUN, dua dari PKR dan seorang dari DAP telah mengisytiharkan diri mereka sebagai ADUN Bebas yang mesra BN.
Tiga ADUN tersebut ialah:-
1. Jamaluddin Mohd Razdi (Behrang - PKR)
2. Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering - PKR)
3. Hee Yit Fong (Jelapang - DAP)
Saya teringat akan kisah dua orang pahlawan yang telah ditawan oleh pihak musuh. Kedua-duanya diberi pilihan samada belot atau akan dipancung. Jika belot, mereka akan ditawarkan harta yang lumayan dan dilantik menjadi Jeneral Perang.
Pahlawan 1: "Bunuhlah aku, aku sekali-kali tidak akan mengkhianati jemaah aku!"
Pahlawan 2: "Tolong jangan bunuh aku, aku akan bersama kamu".
Maka dipancunglah kepala Pahlawan 1 dan beliau gugur sebagai syahid. Setelah itu, datang seorang tentera dari kalangan musuh berkata kepada Ketua mereka:
"Tuan, kalau dengan kawan sendiri pun dia boleh belot, apatah lagi dengan kita"
"Betul juga kata kamu itu", balas Ketua musuh.
"Saya cadangkan kita bunuh sahaja dia ini", cadang tentera itu tadi.
Maka dengan itu terbunuhlah pula Pahlawan 2 sebagai seorang pengkhianat.
PERINGATAN:
Anda sebagai seorang pejuang, jangan sekali-kali mengkhianati jemaaah anda. Kita tidak tahu tarikh dan masa kematian kita. Oleh itu, kita sendirilah yang memilih cara kita mengakhiri hayat kita.
Sebagai contoh 3 ADUN Perak di atas. Setelah mereka khianat, bukan setakat kawan benci malah musuh juga tidak lagi mencalonkan mereka sebagai calon BN untuk PRU-13. Ketiga-tiga ADUN ini telah kehilangan maruah!
Biar putih tulang, jangan putih mata. Biar mati dalam ketaatan daripada hidup dalam kehinaan!