Al-Lubnani
Blog ini dibangunkan untuk saya menulis apa sahaja isu, cerita, pengalaman atau perkara yang saya ingin ulaskan dari semua tajuk.
Sunday, June 2, 2013
Friday, April 19, 2013
Pengkhianat: Peringatan Buat Para Pejuang
16 April 2013 lalu senarai calon BN Perak telah pun dikeluarkan. Masihkah anda ingat dengan tragedi rampasan kuasa di Perak pada 2009? Tiga orang ADUN, dua dari PKR dan seorang dari DAP telah mengisytiharkan diri mereka sebagai ADUN Bebas yang mesra BN.
Tiga ADUN tersebut ialah:-
1. Jamaluddin Mohd Razdi (Behrang - PKR)
2. Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering - PKR)
3. Hee Yit Fong (Jelapang - DAP)
Saya teringat akan kisah dua orang pahlawan yang telah ditawan oleh pihak musuh. Kedua-duanya diberi pilihan samada belot atau akan dipancung. Jika belot, mereka akan ditawarkan harta yang lumayan dan dilantik menjadi Jeneral Perang.
Pahlawan 1: "Bunuhlah aku, aku sekali-kali tidak akan mengkhianati jemaah aku!"
Pahlawan 2: "Tolong jangan bunuh aku, aku akan bersama kamu".
Maka dipancunglah kepala Pahlawan 1 dan beliau gugur sebagai syahid. Setelah itu, datang seorang tentera dari kalangan musuh berkata kepada Ketua mereka:
"Tuan, kalau dengan kawan sendiri pun dia boleh belot, apatah lagi dengan kita"
"Betul juga kata kamu itu", balas Ketua musuh.
"Saya cadangkan kita bunuh sahaja dia ini", cadang tentera itu tadi.
Maka dengan itu terbunuhlah pula Pahlawan 2 sebagai seorang pengkhianat.
PERINGATAN:
Anda sebagai seorang pejuang, jangan sekali-kali mengkhianati jemaaah anda. Kita tidak tahu tarikh dan masa kematian kita. Oleh itu, kita sendirilah yang memilih cara kita mengakhiri hayat kita.
Sebagai contoh 3 ADUN Perak di atas. Setelah mereka khianat, bukan setakat kawan benci malah musuh juga tidak lagi mencalonkan mereka sebagai calon BN untuk PRU-13. Ketiga-tiga ADUN ini telah kehilangan maruah!
Biar putih tulang, jangan putih mata. Biar mati dalam ketaatan daripada hidup dalam kehinaan!

Sunday, March 10, 2013
Fajr Radio (Bahagian 3)
Kami solat jamak ta'khir dalam konti. Masyarakat Arab memang terbaik, solat di mana sahaja asalkan tiada najis dan tempat yang tidak dipandang jijik. Ustaz Hilal juga seringkali solat asar dalam makmal bahasa. Beliau hanya menanggalkan kasut dan terus solat di atas lantai permaidani makmal kami.
Solat sunat setelah selesai solat fardhu.
Selepas itu, kami dibawa melawat sekitar kawasan stesen ini iaitu tingkat 9 dan 10. Antara bilik yang kami lawati ialah bilik rakaman, bilik editor, studio sistem bunyi, bilik penyuntingan dan dapur.
7.45pm - Bertolak pulang ke Tripoli. Musa tidak menyertai kami pulang kerana beliau tidur di rumah kawannya di Beirut. Kami hanya pulang berempat. Pengalaman yang sangat menarik dan cukup bermanfaat buat kami lebih-lebih lagi sebagai pelajar asing di negeri orang. Syukur kepada-Mu ya Allah, aku dapat peluang sebegini. Berkatilah ilmuku dan kurniakanlah aku kesabaran dan ketekukan dalam menuntut ilmu.
Tamat..
Thursday, March 7, 2013
Fajr Radio (Bahagian 2)
"Allah! Mana tak tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi!" saya berbisik dalam hati apabila melihat cara beliau mementingkan solat. Jamaah yang hebat datang dari ahli-ahlinya yang hebat!
Saya akui memang inilah kali pertama saya ke konti radio. Hatta di Malaysia pun saya tidak pernah ke mana-mana stesen radio mahupun televisyen. Boleh saya katakan siaran radio ini sebagus IKIM.fm di Malaysia. Mereka tidak memutarkan lagu-lagu yang melalaikan.
6.00pm - Tepat jam enam, kami keudara (On Air). DJ Mahmoud memulakan ucapan dengan memberi salam dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Kemudian, beliau memperkenalkan kami sebagai tetamu jemputan seramai 5 orang. Guru kami Ustaz Hilal, saya dari Malaysia, Musa, Laila dan Fatimah dari China. Tetapi, mikrofon dan fon kepala cuma ada 4 unit. Jadi, Ustaz Hilal dan Musa berkongsi mikrofon dan saya memberikan smartphone saya kepada beliau untuk dijadikan fon telinga (aplikasi radio dalam telefon).
Rancangan yang dinamakan 'Baini Wabainak' ini dimulakan dengan sketsa seorang budak yang bernama Adam yang cuba bertutur dalam Bahasa Arab Fusha. Setelah selesai, kami pun ditemuramah.
"Berapa lamakah anda telah belajar Bahasa Arab di negara anda?"
"Apa tujuan anda belajar Bahasa Arab?"
"Apakah anda mempunyai kesukaran semasa bertutur dengan masyarakat Lubnan?"
"Adakah masyarakat Lubnan memahami setiap pertuturan Fusha yang anda ungkapkan?"
Itulah antara soalan yang dikemukakan oleh Juruhebah kepada kami.
"Saya telah belajar Bahasa Arab di Malaysia selama 10 tahun"
"Saya belajar Bahasa Arab kerana ini merupakan bahasa Al-Quran, bahasa ahli jannah dan lebih-lebih lagi ianya adalah bahasa kita sebagai Muslim"
"Ya, masyarakat Arab mentertawakan saya jika saya bercakap Fusha dengan mereka. Pada mulanya saya marah dan sedih. Saya mahu belajar Bahasa Arab, mengapa kamu ketawakan saya? Tetapi selepas beberapa ketika, saya tidak pedulikan lagi ketawa mereka"
"Ya, mereka memahami setiap perkataan yang saya tuturkan"
Dalam hati saya menambah, "bahkan mereka membantu saya dalam penggunaan istilah yang betul", tetapi disebabkan kegugupan, saya tidak mengungkapkannya (maklumlah diri ini tidak biasa berucap).
Bukan semua orang Arab yang memperlekehkan kita, bahkan ramai yang cukup berbesar hati membantu kita dalam pertuturan. Setelah cukup sejam, rancangan pun tamat.
Bersambung...

Fajr Radio (Bahagian 1)
ISNIN, 4 Aazar, 4.30pm - "Esok saya turun ke Beirut. Kamu dan tiga orang pelajar China ikut sekali, kita ke stesen radio", tutur Ustaz Hilal Fattal sambil membelek hanset jenama Nokia beliau untuk menunjukkan saya frekuensi Radio Al-Fajr. Malangnya, beliau gagal berbuat demikian. Tanpa berlengah, saya pun membuka aplikasi radio di smartphone Samsung Galaxy Mini 2 dan menunjukkan kepada beliau.
"Ok, pilih frekuensi 100.7fm. Esok jam 6.00pm kita akan bersiaran. Kita akan bertutur dalam Bahasa Arab Fusha (Baku), saya nak bawa pelajar dari China dan Indonesia. Esok kamu bertiga tunggu saya di pintu pagar Universiti pukul 3.00pm", tutur beliau lagi.
"Secara langsung ke Ustaz?", balasku.
"Ya", jawab beliau sambil tersenyum.
Ustaz Hilal Fattal merupakan salah seorang guru kami di Markaz Lughah ataupun Pusat Bahasa Arab di Universiti Al-Jinan, Tripoli, Lubnan. Seringkali beliau menyangka bahawa saya dari Indonesia sedangkan sudah tiga kali saya mengatakan bahawa saya dari Malaysia.
Malam itu juga saya dengar Radio Al-Fajr sambil melayari facebook untuk mencari fanpage stesen radio ini. Alhamdulillah, jumpa.
"Sejauh manakah anda boleh bertutur dalam Bahasa Arab Fusha? Dengarkan di radio kami pada jam 6.00 petang esok bersama Ustaz Hilal Fattal dan pelajar dari China dan Indonesia. Kita akan bertutur dalam Bahasa Arab Fusha".
"Ah sudah, mesti Ustaz Hilal ingat saya dari Indonesia, sebab itu iklan radio sebut dari Indonesia. Takpe, esok pasti saya perbetulkan", kata hatiku.
SELASA, 5 Aazar - Seperti yang dijanjikan, tepat jam 3.00pm beliau pun tiba dengan kereta usang beliau yang berjenama Buick. Saya duduk di kerusi hadapan dan tiga orang pelajar dari China duduk di kerusi belakang. Kami berlima bemusafir ke Beirut.
Sebelum bertolak, kami singgah di beberapa tempat dahulu di bandar Tripoli sebagai persediaan bermusafir. Mula-mula ke kedai topup, kemudian ke stesen minyak, selepas itu ke kedai baiki kereta. Kemudian, barulah kami masuk ke lebuh raya menuju ke Beirut.
"Kereta perlu berada dalam keadaan bersedia sebelum bermusafir", kata Ustaz Hilal sebelum kami berhenti untuk menambah angin tayar kereta beliau. Perjalanan dari Tripoli ke Beirut mengambil masa 1 jam setengah.
"Ustaz, saya dah dengar iklan di radio ini. Tapi saya bukan dari Indonesia", tuturku memulakan bicara dalam kereta.
"Oh ya, saya tersilap, saya tersilap. Malaysia, bukan Indonesia", balas beliau.
5.00pm - Tiba di Beirut. Kami singgah di Masjid Rafiq Hariri untuk solat asar. Kemudian, terus menuju ke Stesen Radio Al-Fajr bertempat di Darul Fatwa, Aisyah Bakkar, Beirut. Setelah melalui lorong yang sempit dan kenderaan yang sesak ditambah pula dengan bunyi hon yang tidak putus-putus, Beirut memang agak 'meriah'.
5.30pm- Tiba di Bangunan Jamaah Islamiyah, parti yang dianggotai oleh Allahyarham Syeikh Fathi Yakan Rahimahullah. Bangunan tersebut mempunyai 10 tingkat, kami naik ke tingkat 9 di mana terletaknya konti untuk bersiaran.
"Rupanya radio ini milik Jamaah Islamiyah, hebat!", saya berkata dalam hati.
Setibanya di tingkat 9, kami disambut oleh DJ itu sendiri, saudara Mahmoud Zain.
Bersambung....

DJ Radio Al-Fajr, saudara Mahmoud Zain
Kami dipelawa masuk ke dalam konti dan beliau memberikan sedikit taklimat tentang siaran yang akan keudara jam 6.00 - 7.00pm sebentar lagi. 10 minit kemudian, waktu maghrib pun tiba. Beliau meminta izin untuk solat maghrib terlebih dahulu memandangkan kami boleh jamak solat antara maghrib dan isyak.
"Saya pergi solat dahulu, anda semua boleh jamak", kata beliau sebelum menutup pintu konti.
Kami dihidangkan dengan jus dan biskut sambil bersiaran.
* Aazar = bulan Mac.
Bersambung....
Friday, March 1, 2013
Muqaddimah
Assalamualaikum. Ahlan wasahlan...
Bermulalah penubuhan blog ana buat julung-julung kalinya. Tarikh bersejarah 1 Mac 2013...

Subscribe to:
Comments (Atom)