Kami solat jamak ta'khir dalam konti. Masyarakat Arab memang terbaik, solat di mana sahaja asalkan tiada najis dan tempat yang tidak dipandang jijik. Ustaz Hilal juga seringkali solat asar dalam makmal bahasa. Beliau hanya menanggalkan kasut dan terus solat di atas lantai permaidani makmal kami.
Solat sunat setelah selesai solat fardhu.
Selepas itu, kami dibawa melawat sekitar kawasan stesen ini iaitu tingkat 9 dan 10. Antara bilik yang kami lawati ialah bilik rakaman, bilik editor, studio sistem bunyi, bilik penyuntingan dan dapur.
7.45pm - Bertolak pulang ke Tripoli. Musa tidak menyertai kami pulang kerana beliau tidur di rumah kawannya di Beirut. Kami hanya pulang berempat. Pengalaman yang sangat menarik dan cukup bermanfaat buat kami lebih-lebih lagi sebagai pelajar asing di negeri orang. Syukur kepada-Mu ya Allah, aku dapat peluang sebegini. Berkatilah ilmuku dan kurniakanlah aku kesabaran dan ketekukan dalam menuntut ilmu.
Tamat..

No comments:
Post a Comment